Sunday, June 29, 2014

Biji Benih Borage RM2.00

 Borage adalah sejenis tanaman herba terkenal dan sesuai tanam di negara kita, mempunya bunga berbentuk bintang yang boleh dimakan, mempunyai rasa seperti mentimun. Petik bunga dan daun muda untuk dicampur dalam salad, sebagai hiasan makanan, letak dalam hidangan minuman...sangat menarik. Selain boleh dimakan, boleh jadi hiasan juga sebelum bunganya dituai untuk dimakan

Boleh tanam dalam pasu

Ni dia salah satu contoh bunga borage yang digunakan sebagai hiasan makanan yang juga dipercayai mengandungi banyak khasiat
________________________________________________________________________________
Height : 1-3 feet
Rich moist soil
sunlight: full sun/ partial shade
Germination: 5-15 days
Direct sow to 12" pot/garden, do not like transplant
P/s elak ditiup angin kerana pokok mudah rosak
_______________________________________________________________________________

Kalau ada yang berminat menanam borage, biji benih Borage ada dijual pada harga RM2.00 sepeket
SMS/Whatsapp 0168312376 untuk pembelian

selamat menabur dan menuai rakan-rakan garderners :)

Biji benih Sunflower teddy bear untuk dijual

Ini adalah bunga sunflower Teddy Bear yang disemai pada 16 May 2014, baru sebulan lebih dah keluar kuntum bunga. Tingginya lebih kurang 7 inci sahaja, rendah je pokok bunga ni. Bunga ni sangat mudah ditanam, semai benih dalam masa 2-3 hari dah bercambah

macam ni lah bunga dia nanti. ni gambar dari google, sebab tak sabar nak tengok bunga dia berkembang, tengok kat google je hehehe

Kalau ada yang berminat nak tanam bunga ni, biji benih ada dijual pada harga RM2.00 sepeket
sms/whatsapp jika berminat 016-8312376

Tuesday, June 24, 2014

BIji benih Summer Savory



summer savory salah satu bahan yang biasa digunakan dalam masakan Eropah. Digunakan sebagai penambah perisa dan sebagai dressing . 

Pokok ini mencecah ketinggian 18 inci
cara tanam:
1. Tanamkan benih sedalam 1.5mm , guna tanah bersaliran baik
2. pastikan tanah semaian sentiasa lembap untuk percambahan
bercambah dalam lebih kurang 14 hari dan sedia untuk dituai selepas 60 hari
pokok ini sangat sukakan cahaya tapi elakkan direct hot sun

summer savory juga dipercayai mempunya khasiat tertentu, untuk melegakan sakit perut, sakit tekak dan savory juga mengandung minyak dan tannins yang bertindak sebagai antiseptik ringan, boleh digosok pada gigitan serangan dan masalah kulit yang ringan

Benih ada dijual pada harga RM2.00 sepeket 12 biji benih
sila tinggalkan pesanan disini atau whatsapp/sms 016-8312376

selamat menabur benih savory dan menuai savory ^_^

Biji benih Parsley Triple Curled

Habis Stok

Parsley jenis ini sangat kaya dengan rasa yang menyegarkan dan merupakan sumber vitamin dan mineral yang baik membuatkan herba ini menjadi herba kesukaan. 

Boleh tanam dalam pasu

Cara tanam herba ini
1. Siram tanah semaian untuk menjadi lembap
2. Tabur benih
3. sentiasa pastikan tanah semaian lembap untuk percambahan benih
4. hanya pindahkan ke pasu besar/tanah setelah pokok cukup besar
sukakan cahaya. boleh letak pasu di tempat yang terkena cahaya matahari

Nak cuba tanam parsley triple curled? boleh hubungi saya whatsapp/ sms 0168312376
Hanya RM2.00 sepeket lebih kurang 25 biji benih

Selamat menanam!

Biji benih Broad leaf sage Herb


Broad leaf sage



Sage adalah sejenis tanaman herba yang sering digunakan dalam masakan Eropah untuk masakan daging, ayam mahupun makanan laut. Juga salah satu bahan yang ditambah dalam cotage cheese. 
yummy..



Di Yunani, Sage ditambah dalam teh untuk minuman yang dipanggil "sage Tea". Bolehlah tanam sage dan buat sendiri sage tea, ia sangat baik untuk melegakan selesema, sakit tekak, demam dan mengurangkan Stress..tu yang best tu hehe

Herba ini sangat mudah ditanam dan sesuai hidup dengan iklim di Malaysia. Cara saya menyemai sage adalah seperti berikut
1. sediakan medium semaian (saya menggunakan peat moss)
2. siram medium semaian sehingga lembap
3. letak benih sage dan tutup sedikit
pastikan medium sentiasa lembap untuk membuat benih bercamba, setelah benih bercambah, tidak perlu terlalu menyiram, cukup sekali dalam sehari atau apabila kering kerana sage tidak suka akarnya terlalu basah. Boleh pindahkan anak pokok sage setelah mempunyai 2 set daun sebenar

Gunakan tanah yang bersaliran baik, yang tidak menakung air. Yay! sage dah berjaya ditanam..seronok sangat ada pokok sage sendiri

Garderner yang ingin menanam sage dan tidak tahu dimana nak dapatkan benih sage, saya ada jual benih jenis Broad leaf sage dengan harga RM2.00 sepeket ( lebih kurang 10 biji benih)
sila tinggalkan pesanan disini atau whatsapp/sms 016-8312376

Selamat menabur dan menuai :)

Sunday, June 22, 2014

Biji Benih Thyme Lime/ Lemon Thyme herb

 Thyme adalah herba yang memiliki bau yang segar dan biasa digunakan dalam resepi memasak terutama masakan perancis 
Herba ini sangat mudah ditanam, bercambah dalam 2-3 hari dan sangat mudah untuk dijaga


Digunakan untuk perap daging/ayam sebelum dipanggang/bakar

Selain daripada enak ditambah dalam masakan, ia juga mempunyai khasiat untuk kesihatan tubuh badan 
- Thyme memngandung flavonoid iaitu zat yang menghasilkan antioksidan, banyak mengandung Vitamin K. Antioksidan berfungsi untuk melindungi kita dari radikal bebas (penyebab kanker dan penuaan dini).

- Thyme juga bersifat anti-inflamasi untuk menghindar dari peradangan kronis.


- Anti bakteria


- Melegakan pernafasan untuk pesakit bronkitis/ batuk-batuk


- Kaya akan zat besi yang penting untuk menghasilkan energi dan kekurangan zat besi dapat menyebabkan anemia, keletihan dan boleh meningkatkan antibodi badan. Juga baik untuk kekuatan tulang


Jadi apa lagi? mari kita manfaatkan kelebihan thyme herb ini. Sepeket Benih herba thyme dijual pada harga RM2.00. sila tinggalkan pesana atau whatsapp 016-8312376

Senarai Biji Benih untuk dijual

Benih Bunga RM2.00 Sepeket

Adenium obessum red marty RM5.00
African Marigold crackerjack RM2.00
Aster Carpet- Pink RM2.00
Aster Carpet- Red RM2.00
Alyssum carpet snow (white) RM2.00
Alyssum purple RM2.00
African Daisy- Mixed RM2.00
Bachelor's Button- Blue RM2.00
Calendula fancy mixed RM2.00
China Aster- Red RM2.00
China Aster- Purple RM2.00
Candytuft -Purple RM2.00
Celosia Pulmosa (mix) RM2.00
Chrysantemum yellow/ kekwa RM2.00
Clarkia (mixed) RM2.00
Cosmos sensation (Mixed) RM2.00
Cosmos candy stripe RM2.00
Cosmos seashell mixed RM2.00
Cosmos daydream RM2.00
Cosmos Red Dazzlers RM2.00
Coral bells RM3.00
Dahlia Exhibition Extra Double- Mixed RM2.00
Dahlia mignon -mixed RM2.00
Dahlia unwins dwarf-mixed RM2.00
Dianthus Double/ Teluki berlapis/  carnation RM2.00
Evening Primrose yellow RM2.00
Flax (Blue) RM2.00
Forget Me not RM2.00
German chamomile RM2.00
Gaillardia sundance bicolor RM2.00
Hollyhock double Mixed RM2.00
Hollyhock appricot RM2.00
Iceland poppy mixed RM2.00
Malva Zebrina RM3.00
Marigold honeycomb RM2.00
Marigold bonita mixed RM2.00
Nigella- white RM2.00
Nigella White RM2.00
Red Kochia RM3.00
Salvia splendens scarlet RM2.00
Snapdragon -Mixed RM2.00
Sunflower/ bunga matahari RM2.00
Sunflower Teddy Bear RM2.00
Sunflower Italian white RM2.00
Pink Rose Mallow RM3.00
Painted Daisy -Mixed RM2.00
Petunia Pink RM2.00
Pansy Giant Forerunner (mixed) RM2.00
Petunia (mixed) RM2.00
Petunia Star mix RM2.00
Petunia Superbissima RM3.00
Petunia Double Pirouette RM3.00
Phlox - Red RM2.00
Vinca Pacific Halo (Mix) RM2.00
Zinnia Peach RM3.00
Zinnia Polar Bear (White) RM2.00
Zinnia Elegens Pink RM2.00
Zinnia purple queen RM2.00
Zinnia candy stripe (mixed) RM3.00
Zinnia cherry Queen RM2.00
Zinnia Yellow Flame RM2.00
Zinnia Orange king RM2.00

Herba dan lain-lain
Alfalfa Sativa RM2.00
Broad Leaf Sage RM2.00
Borage RM2.00
Chinese Celery RM2.00
English Lavender RM2.00
Lemon Balm RM2.00
Nasturtium jewel mixed RM3.00
Nasturtium dwarf cherry rose RM3.00
Parsley Triple Curled RM2.00
Rosemary RM2.00
Thyme Lime RM2.00
Summer Savory RM2.00
Lemon Basil RM2.00
Piccolino Basil RM2.00
Dark opal Basil RM2.00
Italian large leaf Basil RM2.00
Cinnamon Basil RM2.00
Marjoram RM2.00
Greek Oregano RM2.00


Bulb/ Bebawang
Rain Lily rose/ zephyranthes Rosea RM3.00/bulb
Lily Amarylis RM4.00/Bulb

Three/pokok/buah
Goji berry RM3.00
Japanese Maple -Hogyoku RM3.00
Red Kochia RM3.00
Jagung pulut putih RM2.00
Jagung Manis  Taiwan RM2.00


Friday, June 13, 2014

Yay! Benih-benih dah bercambah

Benih tomato yang disemai cepat bercambah, inilah satu sebab kenapa saya suka tanam tomato selain daripada sedap dimakan....juga seronok menanamnya :)

Benih bunga matahari yang disemai dalam kulit telur sangat subur, adakah mungkin kulit telur tu mempengaruhi? 

Bawang pun saya tanam, untuk tuai daunya, sedap campur dalam sup. tak tau lah betul ke tak cara saya tanam tu? atau perlu kuburkan bawang tu hingga tak nampak?

Yang berdaun besar dan subur tu orang kata "ginseng local', ada yang panggil akar Som..tak tau lah tapi yang penting sedap buat sayur, daunya lebut ..memang sedap lah, ada beberapa pokok yang dah besar. yang ni tanam dari keratan sahaja..sangat mudah tumbuh dan senang nak jaga, tak cerewet pokok ni

Macam-macam ada, tak ketinggalan ros jepun di belakang tu

Wow! semua benih bunga matahari yang disemai tumbuh dengan jayanya..takde satu pun yang tak tumbuh

Cili padi Kampung! sangat sedap sili ni, ada aroma yang menarik dan pedas, saya paling suka cili ni untuk rasa pedas dan aromanya. Bertumbuh dengan baik nampaknya

Pertama kali cuba tanam kacang bendi, sangat terkejut sebab tak sangka 2 hari sahaja benih dah bercambah dan cepat pula membesar..alamak nak kena pindah tempat dah

Ok, selain sayuran, memang suka tanam bunga juga, ni bunga Zinnia pola bear yang baru bercambah..cute kan

Banyak sekali benih sedang bercambah..dah ketagih menyemai sebab ketagih tengok benih bercambah..ni penyakit baru "ketagih menyemai"

Tanam sayur Pak Choi dalam benda ni, nak buang tapi tengok boleh isi tanah, tak jadi buang..so tanam sayur, berguna juga dan tak bazir beli pasu

Ada kah yang tak tau ni sayur apa? ini lah sayur kangkung yang femes tu..baru bercambah 2 pokok, yang lain akan menyusul kot

Goji berry juga sedang bertumbuh..yess!

Ni satu-satunya benih Sage yang berjaya bercambah dalam banyak-banyak benih yang saya semai..sayang pokok ni, takut dia mati sebab satu je

Ok ni Zinnia purple Prince...tak sabarlah nak tunggu mereka ni berbunga

Tomato yang dah agak besar sedikit, dah boleh tanam kat tanah atau pasu besar

Dan...ni dia eksperimen saya selanjutnya...pertama kali juga tanam carrot, excited gile sebab tak pernah tanam dan saya sangat suka makan carrot..harap bukan setakat tumbuh macam ni je ye..tolonglah hasilkan isi yang besar dan sihat hehehe

Sunday, June 8, 2014

Lagi-lagi Ros Jepun

ros jepun yang baru dibeli secara online dah ditanam, harap jadi subur dan mengeluarkan banyak bunga yang cantik-cantik ye

Saturday, June 7, 2014

Bunga matahari kembang di ladang

Bunga Matahari yang ditanam di ladang sangat cantik bila tanam banyak-banyak. suasana jadi ceria dengan kehadiran bunga matahari ini. 

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa akar pokok bunga matahari yang dikeringkan ini berguna untuk merawat penyakit buah pinggang. ada yang jual akar bunga matahari kering ni dengan harga ratusan ringgit. Apa kata tanam sendiri, bukan sahaja cantik tapi juga bernilai dalam perubatan

Biji benih bunga matahari sepeket RM2.00, lebih kurang 8 biji benih sila tinggalkan pesanan disini atau whatsapp/sms 016-8312376

Selamat menabur dan menuai para garderners :)

Friday, June 6, 2014

Rain Lily rose/ zephyranthes Rosea


Bunga rain lily ini adalah beberapa jenis warna seperti pink, kuning dan putih, sangat cantik bila berkembang serentak, ditanam dari bulb/ bebawang dan akan membiak menghasilkan bebawang-bebawang yang baru. sangat sesuai ditanam 6-7 bulb dalam 1 pasu. Oh ye..bunga ni sangat rajin berkembang selepas hujan...segar rasanya menikmati bunganya yang cantik ni selepas hujan

Ini adalah bulb/bebawang bunga rain lily/ zephyranthes 

Ni dapat dari google, cantik bila dah jadi banyak macam ni

Mudah sahaja tanam bunga ni, macam tanam bawang je, hanya tanam sahaja dalam tanah dan daun-daun akan muncul serta akan berbunga bila sampai masanya

kalau ada garderner yang berminat nak dapatkan Bulb rain lily ni, boleh tinggalkan pesanan disini atau whatsapp/sms 016-8312376. Harganya hanya RM3.00/ Bulb, beli 7 Bulb pada harga RM18.00

Selamat menabur dan menuai :)